23:59:59………….misteri yang takkan terungkap!

2009 July 17
by azmanmockers

Setiap hari tanpa disedari kita kehilangan 1 saat. Aku dari dulu lagi selalu berdebat mengenai perkara ni.
Mengikut perkiraan sistem 24jam pukul sebelas lima puluh sembilan adalah 23:59 tetapi apabila masuk je waktu tengah malam iaitu seminit kemudian angka jam akan menunjukkan 0:00:00 bukan 24:00:00 sebagaimana yang sepatutnya.hehehe, kalau begitu sistem masa tersebut bukan laa sistem 24jam tetapi sistem 23jam 59minit 59saat.fikir-fikirkanlah…….

Produk PERCUMA dan wang PERCUMA!!!

2009 July 12
by azmanmockers

http://tinyurl.com/myhdxs
===================================
Ini adalah info dan peluang
yang jarang dan sukar diperolehi,
sila fokus dan tumpukan perhatian.
===================================

7 Julai lepas, sahabat online saya,
Justin Michie seorang jutawan internet,
telah memperuntukkan USD100,000 untuk diberi
kepada warga internet yang mempunyai email.
Tidak kira di mana jua anda berada termasuk Malaysia.

Ya, ianya adalah berita benar,
bukan omongan kosong semata-mata.
Dan pastinya dengan bersyarat.

Apa yang perlu anda buat?

Cukup mudah…!
Anda hanya perlu ikut 10 langkah dibawah:

1. Masuk ke website ini http://tinyurl.com/myhdxs

2. Masukkan NAMA Dan EMAIL anda di ruang yang disediakan.
Klik Download Now.

3. Masukkan kod yang diberikan untuk verify

4. Anda akan dibawa ke laman seterusnya,
scroll down hingga ke bawah sekali dan klik
No, Thanks Justin…

5. Semak Email yang anda daftarkan sebentar tadi.

6. Buka email anda, anda akan menerima satu email,
dan klik pada link yang disarankan untuk pengesahan
bahawa anda pemilik email yang sah.

7. Anda akan dibawa pula ke satu laman dan pilih
Step 3, klik pada >>Get Your Affiliate Link…

8. Isikan semua ruang kecuali bahagian tax id
dan klik submit

9. Setelah selesai, semak email anda semula
dan cari email terbaru yang dihantar oleh Justin.

10. Ambil unique affiliate link anda
dan promosikan pada rakan anda yang lain.

Untuk makluman, anda akan dibayar 1USD=RM3.50
jika seorang rakan anda download percuma
melalui link anda. :)

Inilah namanya wang percuma…!

Cubalah!

1) Pembayaran akan dilakukan ke dalam akaun paypal
Jika belum ada, boleh dapatkan disini dahulu.
Jangan risau, ianya percuma.
http://www.paypal.com

Semoga berjaya ya~!

http://tinyurl.com/myhdxs

Tahukah anda……?

2009 July 5
by azmanmockers

Kajian menunjukkan bahawa………….

Vitamin A : membantu mengekalkan kesihatan kulit dan penting untuk fungsi mata yang baik.

Vitamin B1 : membebaskan tenaga daripada karbohidrat.

Vitamin B2 & B3 : Membebaskan tenaga daripada karbohidrat , lemak dan protein.

Vitamin B12 : untuk penghasilan sel darah merah.

Vitamin D3 : membantu penggunaan kalsium dan fosforus.

Vitamin E : melindungi lemak tisu badan daripada pengoksidaan.

Zat besi : menolong pembentukan sel darah merah.

Kalsium : penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Folat : penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel.

Protein : membantu membina dan memperbaiki tisu badan.

Iodin : penting untuk pembentukan tiroksina.

Zink : penting untuk pertumbuhan badan.

Info ni aku dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai , kalau salah info tu salah laa aku.

Orang pertama dihukum gantung sampai mati di Sarawak!!!

2009 July 1
by azmanmockers

Allahyarham Rosli Dhoby

Allahyarham Rosli Dhoby

Tahukah anda,ada seorang remaja dari Sibu,Sarawak merupakan pesalah pertama dari negeri itu yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Pada tanggal 2 March 1950 mahkamah telah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap beliau. Sesungguhnya nama beliau memang tidak asing lagi pada kita. Sejak dari zaman berzaman lagi nama beliau meniti dari bibir kek bibir. Namun, kita mungkin hanya kenal nama sahaja. Dalam buku teks sejarah yang diajar di sekolah juga ada menyebut tentang beliau, perjuangan beliau dan mengapa hukuman tersebut dijatuhkan terhadapnya.
Sememangnya kita amat bertuah dengan adanya insan sepertinya, tanpa beliau dan rakan-rakan beliau serta mereka-mereka yang terlibat dalam perjuangan seumpamanya di serata negara…… kita tidak mungkin merasa apa yang kita rasa pada masa ini. Ya, MERDEKA!!!
Sedihnya melihat remaja sekarang berbangga dengan ponteng sekolah, terlibat dengan dadah, gengsterism, dan berbagai lagi masalah sosial sedangkan pada zaman sebelum kemerdekaan negara kita, remaja pada waktu itu dipenuhi semangat nasionalisma yang begitu membara di jiwa mereka.
Sebagai renungan kita bersama….al-fatihah buat pejuang-pejuang kemerdekaan Malaysia, dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat tidak kira bangsa dan agama.
( Remaja yang dimaksudkan di awal artikel ialah ROSLI DHOBY )

APOLLO 13

2009 June 28
by azmanmockers

 

Kita semua sedia maklum pada tahun 1969 angkasawan Amerika telah berjaya menjejakkan kaki ke bulan. Neil Armstrong adalah manusia pertama melakukannya. Namun, tidak semua yang tahu selepas itu banyak misi ke bulan menemui kegagalan. Apollo 13 adalah diantara misi NASA untuk menghantar semula angkasawan mereka ke bulan.

Tom Hanks
Dalam filem ini , watak utama dipegang oleh aktor yang memang hebat “Tom Hank’ . Memang berkesan laa pada aku watak Jim Lovell ni. Masalah bermula sebaik sahaja kapsul meninggalkan atmosfera bumi menuju ke bulan di mana satu letupan telah berlaku. Ini menyebabkan misi mereka ke bulan telah dibatalkan dan misi utama mereka selepas itu adalah untuk kembali ke bumi.
Untuk pengetahuan semua filem ini tidak dijual dalam bentuk cd/dvd cetak rompak. Aku dah puas cari last-last aku beli yang original Dvd dekat SPEEDY VIDEO.
Aku bagi 5 bintang untuk filem ni. Berdasarkan kisah benar kegagalan terburuk NASA!

Matinya seorang Raja Pop

2009 June 26
by azmanmockers

Berita kematian Michael Jackson mengejutkan dunia

LOS ANGELES: Michael Jackson, anak kecil yang bertukar menjadi Raja Pop dunia, mencipta tarian musikal yang digilai anak muda, meninggal dunia hari ini ketika berusia 50 tahun.
Namun, sejak meniti akhir hayatnya, bintangnya yang bersinar itu lebih ditutupi dengan gaya hidupnya yang unik serta kontroversi pembabitannya dalam skandal seks dengan kanak-kanak.
Sebaik berita kematiannya dilaporkan pagi ini, laman web terus menjadi buruan peminatnya di seluruh dunia bagi melayari kisahnya sehingga menimbulkan kesesakan.

Michael atau dikenali dengan Jacko, disahakan meinggal dunia jam 2.26 pagi waktu tempatan selepas tiba di Hospital Los Angeles, menurut koroner daerah, Fred Corral.
Bagaimanapun, katanya punca kematiannya belum disahkan lagi tetapi dikaitkan dengan kegagalan jantungnya.
Sebelum ini, media Amerika Syarikat melaporkan bahawa Micheal kini sedang sakit dan dirawat di rumahnya.

Namun sebaik paramedik tiba di rumahnya, malam tadi, beliau dikatakan sudah tidak bernafas sebelum dikejarkan ke hospital.
Dikenali sebagai Raja Pop dengan kemunculan album hit, “Thriller” dan “Billie Jean,” Michael dikenali dengan mencipta gaya menari unik menggunakan sarung tangan putih sehingga digilai dan diikuti jutaan peminatnya di seluruh dunia.
Beliau bertanggungjawab mengtranformasikan nyanyian dan tarian ke dalam musik video sehingga jualan albumnya mencecah 750 juta unit dengan menggondol 13 Anugerah Grammy.
Beliau sehingga kini menjadi salah seorang penghibur paling berjaya sepanjang hayat.

Namun, reputasi Michael tercalar selepas dikaitkan dengan minatnya berkawan dan bermesra dengan kanak-kanak sehingga diheret ke mahkamah pada 2005, selain penampilan dirinya yang dikaitkan dengan pembedahan plastik.
Beliau dijadual membuat penampilan semula bulan depan bermula di London.
Quincy Jones, yang pernah membantunya dalam penghasilan album “Thriller” dan “Off the Wall” memberitahu stesen MSNBC: “Saya benar-benar terkejut dan hiba dengan kehilangannya. Ia sesuatu yang trajis dan berita yang tidak disangka-sangka.” - Reuters

Ni masa di "BLACK" lagi

( Ini adalah petikan berita mutakhir dari website berita harian online yang meyebut tentang kematian raja pop Micheal Jackson awal pagi tadi. Kalau ikutkan takde laa istimewa sangat dia ni, cuma penuh dengan berita hangat je. Dulu-dulu masa di awal kemunculan dia memang hebat. Aku pun di antara peminat dia ni, dengan tarian hebat Moon Walker dia yang cool tu….fuhhhhh,sampai sekarang aku tak reti-reti nak buat sebab aku bukan dancer pun. Langsung takde pakages!!!wakakaka. )

PLANET OF THE APES

PLANET OF THE APES

Keindahan alam

2009 June 26
by azmanmockers

Koleksi gambar dari blog terdahulu…aku ambik gambar ni masa baru balik dari hospital melawat seseorang. Kebetulan pulak tempat aku parking kereta ni hujung sekali so boleh laa aku ambik gambar tanpa ada gangguan seolah-olah gambar ni kat area hutan la konon. Hehehe.

Tapi yang slacknya ada tiang lampu plak sebelah pokok tu. Hmmm, kira boleh je la kan. Bukan aku nak masuk bertanding pun. Gambar ni cuma diambil menggunakan camera 3.2mega pixel dari handset Sony Ericsson model K810i. Jadi tak hairan laa kalau kualiti pixel tak seberapa cun. Aku bukan pro photographer pun nak usung kamera besar gajah tu. hehehe

Rocky

2009 June 26
by azmanmockers

Mungkin ramai yang telah menonton filem dari hero rambo ni tapi aku nak jugak buat review pendek khusus kepada yang belum berkesempatan.

Kisah bermula di Philadelphia Pennsylvania sekitar tahun 1976.(aku pun  belum lahir lagi!) Rocky Balboa lakonan Sylvester Stallone merupakan seorang peninju amatur yang melalui zaman kejatuhan, mencari pendapatan dari kemenangan bertinju dan juga sebagai pengutip hutang kepada lintah darat bernama Gazzo.

Nasibnya berubah dengan kemunculan juara tinju heavyweight dunia ketika itu Apollo Creed lakonan Carl Weathers yang mencabar Rocky Balboa sebagai pencabar tempatan. Dalam pada itu Rocky cuba memikat seorang gadis bernama Audry yang juga adik kepada sahabat beliau Paulie. Hmmm, Audry nampak skema betul masa ni.

Kemuncak filem ini adalah ketika perlawanan akan bermula di mana Apollo Creed dengan angkuhnya masuk ke gelanggang seolah-olah beliau akan menang mudah ke atas Rocky. Untuk keseluruhan cerita sila dapatkan vcd/dvd/bluray disk dari kedai-kedai berhampiran. Nak beli yang ori ke tak itu adalah pilihan anda. Bagi aku filem ini banyak memberi motivasi dan contoh semangat kental untuk berjaya. Wahhhh…..berjaya jugak aku buat review ringkas ni.wakakaka. Dibawah adalah screen shot dari filem “ROCKY”.

Ni pas dia jogging awal pagi

Ni pas dia jogging awal pagi

Rocky temankan budak nama Marie balik umah,lepak malam-malam kira macam bohsia jugak laa budak ni

Rocky antar budak pompuan nama Marie dari lepak-lepak tepi simpang,kira bohsia laa dia ni.

Tamat perlawanan,main peluk-peluk arab plak diorg ni.

Tamat perlawanan,main peluk-peluk arab plak diorg ni.

Sekadar Mengisi masa lapang

2009 June 25
by azmanmockers

Sekarang ni aku dah jarang jamming dengan member-member, masing-masing ada hal sendiri. Maklum laa, sibuk je memanjang. Kadang-kadang kalau aku ada masa diorg plak hilang ntah ke mana. Asyik outstation je.

dsc002411

Gitar elektrik aku pun dah terjual sekarang. Gitar kapok plak aku bagi kat member baik aku sebagai hadiah tanda persahabatan. Nak bagi benda mahal tak mampu aku, dapat bagi gitar kapok je laa.

Gambar jamming ni di ambil pada tahun 2007 kot di studio jamming terminal makmur, Kuantan. Aku tak berapa pasti wujud lagi ke tak studio ni. Kalau nak tau pegi check laa.wakakaka.

Post yang pertama

2009 June 23
by azmanmockers

Salam sejahtera

Hari ni bermulalah episod baru aku ber”blog”. Blog lama aku di http://mylife-kucingsakitmata.blogspot.com akan ditamatkan untuk diupdate sebab aku dah hilang seronok menggunakan blogger.com. Bukan disebabkan blogger tak bagus tapi aku suka mencuba sesuatu yang baru. Blog theme menggunakan blog.com lebih kepada wordpress dan nampak lebih pro bagi aku.hehehe

Dalam blog ni aku akan sisipkan post-post general melibatkan semua perkara, agak umum untuk dikategorikan sebab  ianya tidak terikat pada satu genre. wahhhh!!!cakap macam writer plak.wakakaka

Aku juga akan cuba mengubah sikap malas aku terutama dalam hal meng”updated” blog. Hehehe, sebenarnya pihak Celcom Broadband pun main peranan dan menjadi punca segala  kemalasan aku. Mana taknya, dah laa aku melanggan broadband advance tapi kadang-kadang jadi macam broadband basic je. Kecewa beb!!! Mungkin kwasan aku kot coverage 3GX tak berapa power.