Mengenai saya

Hai….

Aku perkenalkan diri sebagai Azman a.k.a. Lai a.k.a. Azmanmockers. Berumur 31 tahun pada ketika ini (2009). Well, Umur kita meningkat setiap masa. Aku berasal dari the land of hornbill, Sarawak bumi kenyalang dari Bandaraya Kuching. Mendapat pendidikan awal bermula dari Tadika Batalion 14 PPH (1983-1984), SRK Green Road (darjah 1-2 pada 1985-1986), SRBMJDI (darjah 3-6 pada 1987-1990),SMK Sungai Tapang (tingkatan 1-4 pada 1991-1994) dan SMK Batu Lintang (tingkatan 4-5 pada 1994-1995). Kepada sesiapa yang pernah bersekolah bersama harap boleh hubungi aku di sini!!!Selepas tamat tingkatan 5 aku mula bergiat aktif dalam muzik, mula berjinak-jinak dengan studio jamming dan sering berlatih bermain muzik bersama rakan. Studio pilihan kami adalah Kasaphia Music Studio yang terletak di kawasan Kubah Ria. Bermula dengan muzik grunge ala-ala Nirvana (pada masa sekolah) aku menubuhkan indie band The Backyardjammers pada 1996. Mempunyai lagu-lagu sendiri pada ketika  itu namun band berpecah pada 1997 di mana kami membawa haluan masing-masing kerana terikat dengan komitmen kerja. Aku menubuhkan pula band Hardcore Punk  THE DISORDERCORPES(1998-1999) dengan bantuan MONO The Times yang pada ketika itu MONO adalah band member kepada SATURDAY HEROES. Difahamkan THE DISORDERCORPES adalah first hardcore punk band dari Sarawak merujuk kepada TIMEBOMB ZINE. Hmmmm….namun begitu aku terpaksa meninggalkan minat aku demi kepentingan hidup di mana aku telah diterima untuk bekerja dengan satu agensi(RAHSIA) dan terpaksa berkursus selama 9 bulan.LIFE MUST GOES ON.(Aku hanya berniaga burger di batu tiga sebelum itu,pendapatan kurang memuaskan!)

Aku berhijrah ke Kuantan, Pahang ketika usia 23 tahun. Aku mendapat pengalaman baru berjauhan dari keluarga dan sehingga kini aku telah berjaya menjejakkan kaki ke seluruh semenanjung Malaysia!!! Cuma negeri Sabah sahaja yang belum aku kunjungi untuk melengkapkan semua negeri dalam Malaysia.

Aku masih terlalu baru menceburkan diri dalam blogging dan dengan pengetahuan yang cetek dalam IT aku amat berharap akan mendapat bantuan dari rakan-rakan semua.Itu sahaja buat masa ini.

Azmanmockers