CELCOM OH CELCOM……
Kadang-kadang aku bangga memiliki kelajuan internet melalui broadband advance yang aku langgan dari Celcom, tatkala member aku yang lain hanya menggunakan pakej basic je. Namun apa ang aku sangat kesalkan adalah lokasi kekerapan aku berada yang mana aku ni selalu “outstation”. Kena tempat yang ada rangkaian 3GX memang aku happy sangat laa, kena tempat yang langsung xde 3G buat aku angin satu badan je. Padahal kalau diikutkan tempat tersebut dah patut ada 3G. Tau-tau aje laa, kalau setakat 2G/GPRS memang xberbaloi laa ambik pakej mahal!!!
Aku rasa ramai rakyat Malaysia yang senasib dengan aku ni. wakakakaka, asyik merungut dengan talian broadband yang lembab. Kalau dah laju tu laju giler, kalau slow plak sampai xboleh nak connect.
Celcom adalah diantara pioneer broadband di negara kita dan aku harap pihak Celcom boleh memperbaiki mutu perkhidmatan broadband mereka. Dengan ini pelanggan akan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan dan seterusnya akan kekal menjadi pelanggan setia. Macam aku ni laa, tetap setia bersama Celcom selagi kontrak broadband aku tak tamat lagi. Kalau ada atau muncul pakej dari syarikat lain yang menawarkan fungsi yang lebih mantap dengan harga yang hampir sama mungkin aku akan beralih arah jugak.
