Catch Me If You Can

2009 July 26
by azmanmockers

catch-me1

Filem lakonan aktor berbakat Hollywood “Tom Hanks” bersama hero mati “Titanic” Leonardo Dicaprio ini memang hebat!!! Aku syorkan sesiapa sahaja untuk menonton filem ini. Perlu diingatkan filem ni bukanlah filem baru, cuma ada di antara kita yang ter”miss” untuk menontonnya.
Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Frank William Abagnale Junior yang hidup dalam suasana perpecahan keluarga di mana ibu bapanya bercerai. Pada mulanya Frank seperti remaja lain, hidup bahagia dan gembira bersama keluarga namun selepas ibu bapanya bercerai Frank melarikan diri keluar dari rumah tanpa tujuan. Frank mula memalsukan cek untuk mendapatkan wang tunai dan semenjak dari itu Frank memiliki kepakaran memalsukan cek serta pandai menyamar. Frank menggunakan pelbagai identiti semasa menipu. Beliau menjadi seorang guru gantian( di awal cerita ) , juruterbang, doktor dan macam-macam lagi sehinggalah seorang agen FBI “Carl Hanratty” lakonan Tom Hanks berjaya menjejaki beliau.
Nak tahu lebih lanjut tengok laa sendiri.
Filem ni berdasarkan kisah benar. TAKDE tipu-tipu punyer….
catch-me21

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS